Saturday, January 17, 2009

Stop the War Stamp


Dapat stem nie dari blog Along. Harap2 nye pihak Zionist tu akan berhenti dari menyerang Palestine. Saya hanya mampu berdoa agar keganasan ini akan berhenti n rakyat2 Palestin tetap tegar menempuhi dugaan ini. Apa yg terjadi di Palestin bukan hanya untuk menduga mereka. Tapi kita juga. Sejauh mana kita mampu untuk membantu mereka. Sy nie hanya insan biasa. Bukan hartawan yg boleh menyumbang wang ringgit bagi meringankan beban mereka. Bukan ahli politik yg mungkin suaranya di dengar untuk menghentikan semua ini. Bukan askar tentera yg boleh menyumbangkan tenaga untuk berperang.

Sy hanya insan biasa. Masih menuntut. Tp sy tahu, hanya ini yg mampu saya lakukan. Menulis di blog ini. Yg hanya berapa kerat teman2 rapat n ahli keluarga yg melawat. Membebel di sini menyuarakan apa yg terbuku di hati. Sy juga hanya mampu berdoa agar semua ini akan sampai ke penghujungnya. Tapi adakah penghujung itu adalah bila tiada lagi tanah Palestin yg tinggal? Bila tiada lg nyawa yg ada di sana? Entahlah.. Kadang2, takut untuk memikirkan semua itu. Sy amat berharap itu bukan penghujung nya.

Sy juga hanya mampu untuk menyertai kempen boycott itu.. Mungkin ada yg berkata: Boleh ke boycott itu menyebabkan perang berhenti? Boleh kah boycott itu meyebabkan ekonomi US n Israel lumpuh? Boleh ke? Mampukah kita hidup tanpa barangan mereka?

Mungkin tidak. Tapi sekurang2 nya kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Jika boycott itu tidak dapat melumpuhkan ekonomi mereka, tp mungkin mereka dapat merasakan bahawa rakyat dunia menentang apa yg mereka lakukan. Boycott lebih bertujuan agar mereka sedar bahawa kita sedang protest. Mampukah hidup tanpa barangan mereka? hmmm.. fikirlah semula.. hampir kesemua barangan mereka, ada gantinya. bukannya sudah tidak ada pilihan yg lain. ada... jadi pilihlah yg lain. Tidak kebulur kalau tak dapat makan di McD. Tak mati kehausan kalau tak minum Coca-Cola.

Tidak sesiapa yg memaksa sesiapa untuk mem-boycott. Itu pilihan anda. Dan saya memilih untuk menyertai kempen ini. Lagipun, ini bukan kempen yg baru. Sudah bertahun2 kempen ini di jalankan di serata dunia. Hanya di Msia baru di-officialkan.. Selagi mampu, saya akan memilih barangan selain barangan Israel n dari brand2 yg menyokong Israel.

* Jewish orthodox sendiri mengakui apa yg Rejim Zionist buat itu adalah salah.