SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti
berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.
Pensyarah itu amat gembira menerima
kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam
jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan
terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga
menyangkut kepada permasalahan berbentuk
peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan
meluahkan perasaan yang tertekan dengan
pelbagai permasalahan, tekanan hidup
berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta
masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju
ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk
dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar,
kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan,
kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.
Pensyarah itu menjemput semua bekas anak
murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan
yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan,
semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang
tinggal hanya cawan yang biasa-biase dan murah!
"Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang
terbaik (menurut pandangan luaran),sebenarnya
itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita
semua hadapi!"
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air,
bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar
memilih cawan yang cantik saja!
Demikianlah kehidupan ini - ibarat air. Kerjaya,
wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat
semuanya umpama cawan yang beraneka warna
itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara
untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak
berubah.
Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada
cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai,
merasakan dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan
dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai
jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak
pernah rasa cukup.
Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada
empat perkara:
~ Kita hanya memandang dan menginginkan apa
yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak
nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman
kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh
itu kita tidak rasakan `keseronokan' atau terasa
nikmat dengan pemberian itu.
~Kita terlalu banyak `komplen' dan komen
(mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan
keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-
kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita
sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar
yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
~Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan
glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan
hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup
yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan
untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya
adalah syurga daripada Allah.
~Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini
untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita
menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-
mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta
dan kemasyhuran diri seolah-olah `kematian' itu
untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa
semua kejadian akan mati dan walhal akhirat
adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka
komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita
hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan
sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf,
melarang perkara yang mungkar.
Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan
nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan
khidmat menolong dan memudahkan kehidupan
orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh
seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana
satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau
mati?
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya
akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan
dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan
untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak..
wallahualam...

No comments:
Post a Comment